Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee seru Muslim patuhi langkah keselamatan sempena Raya

May 11, 2021 | 11:15 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyeru agar masyarakat Islam mematuhi sekatan perhimpunan dan lawatan sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.



Dalam satu pos di Facebook, Encik Lee berkata sambutan Hari Raya telah terjejas akibat langkah keselamatan lebih ketat yang diumumkan baru-baru ini.



"Saya harap kita mengambil berat terhadap langkah terbaru ini. Kita sudahpun capai kemajuan yang baik dalam menyediakan vaksin untuk semua penduduk.



"Tetapi tugas kita belum selesai, dan COVID-19 masih menular di banyak negara di sekitar kita.



"Patuhilah sekatan perhimpunan dan lawatan, khususnya dalam musim Hari Raya ini.



"Anda akan melindungi diri dan keluarga anda, terutamanya ahli keluarga yang lebih tua," tulis Encik Lee.



Awal dalam kirimannya beliau memerhatikan masa sudah hampir ke penghujung Ramadan.



"Saya harap semua yang menyambut Hari Raya Puasa sudah hampir selesai membuat persiapan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >