Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: SG hadapi persaingan lebih sengit bila peraturan baru cukai korporat dilaksana

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



KADAR cukai korporat minimum sejagat akan memberi kesan bagaimana Singapura menarik pelaburan asing memandangkan negara ini selalu menggunakan insentif cukai sebagai salah satu cara utama.



Negara ini juga akan menghadapi persaingan lebih sengit apabila peraturan baru mengenai cukai korporat sejagat minimum dilaksanakan.



Justeru, Singapura perlu melihat bagaimana kadar cukai negara itu perlu diubah suai dan mengkaji cara bagaimana ia boleh terus menarik pelaburan sekali gus mewujudkan pekerjaan dan mengekalkan daya saing.



Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam wawancara dengan media Singapura di penghujung sidang puncak Kumpulan 20 (G20) di Rome yang berakhir lewat kelmarin.



"Kita perlu melihat bagaimana ia perlu diubah suai tetapi kita juga perlu melihat bagaimana kita boleh terus menarik pelaburan untuk datang ke Singapura bagi mewujudkan peluang pekerjaan, dan untuk mengekalkan daya saing kita.



"Ia sangat sukar kerana kita kini bercakap bukan sahaja mengenai daya saing ekonomi, tetapi juga pertimbangan strategik dan keselamatan," jelas beliau.



Semasa sidang puncak itu, pemimpin ekonomi terbesar dunia menyokong usul mewujudkan kadar cukai efektif minimum sejagat sebanyak 15 peratus menjelang 2023.



Langkah itu bertujuan mendapatkan syarikat berbilang negara besar untuk membayar bahagian cukai mereka yang saksama, dan bukan menghalakan keuntungan mereka ke negara dengan kadar cukai rendah - dengan matlamat untuk mewujudkan "sistem cukai antarabangsa yang lebih stabil dan adil".



Encik Lee menyifatkan langkah itu sebagai usaha negara dunia untuk bersatu dalam meningkatkan kedudukan mereka terhadap syarikat besar itu, yang mempunyai kuasa tarikan yang amat besar.



"Sedangkan sebelum ini negara dunia bersaing dengan satu sama lain mengenai cukai dan cukai lebih rendah dan rendah untuk menarik operasi ini, sekarang mereka berkata, 'Baiklah, kita semua akan mengenakan cukai sama rata - sekurang-kurangnya 15 peratus - dan mengurangkan persaingan'.



"Saya fikir saya boleh memahami apa yang mereka cuba lakukan, tetapi saya fikir dinamikanya tidak akan berubah secara asasnya dan negara akan mencari cara lain untuk menjadikan diri mereka menarik bagi mendapatkan pelaburan mereka dan projek yang mereka mahukan," ujar beliau.



Sidang Puncak G20 selama dua hari di Rome memberi tumpuan pada isu perubahan iklim, pandemik Covid-19 dan ekonomi.



Singapura bukan anggota G20, yang menghimpunkan ekonomi terbesar dunia, tetapi telah diundang sebagai negara tetamu.



Selain menyertai perbincangan G20, Encik Lee juga mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara lain



Sementara itu, Encik Lee menambah, untuk menarik pelaburan baru ke Singapura bukan hanya mengenai daya saing ekonomi. Sebaliknya, terdapat juga pertimbangan strategik dan keselamatan yang dimainkan.



Beliau memberi contoh bagaimana pemimpin G20 membincangkan ketahanan rantaian bekalan - dalam erti kata lain, memastikan satu negara tidak menjadi tebusan apabila pembekal utamanya bertukar menjadi tidak mesra atau jika rantaian bekalannya terjejas.



"Ini bermakna anda bukan lagi hanya bercakap tentang pekerjaan dan nilai ekonomi, tetapi tentang keselamatan. Berapa nilainya perkara ini? Apa yang kita lakukan apabila negara lain bertindak sedemikian?



"Saya menjangka akan ada saingan yang lebih sengit buat kita. Tetapi kita akan menghadapinya dengan tenang," katanya.



Pada penghujung sidang kemuncak G20, pemimpin dunia juga telah bersetuju meneruskan usaha mengehadkan pemanasan sejagat kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.



Negara dalam G20 membentuk lebih 80 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia, 60 peratus penduduk dunia dan sekitar 80 peratus pelepasan gas rumah hijau sejagat.



Selain itu, Encik Lee turut menarik perhatian mengenai adanya "perbezaan yang agak mendalam" dalam pandangan antara negara maju dengan membangun mengenai isu perubahan iklim.



"... Mereka (negara membangun) merasakan bahawa masalah ini dicipta oleh negara maju dan anda perlu bekerjasama dengan kami jika anda mahu kami melakukan bahagian kami sekarang," katanya.



"Ini akan menjadikan perbincangan (isu itu) sangat sukar buat beberapa waktu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >