Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Singapura perlukan lebih daripada warga berpendidikan dan pekerja terlatih untuk berjaya

Jan 05, 2019 | 07:33 PM



MENGGESA ibu bapa supaya menyokong perubahan terkini kepada sistem pendidikan setempat, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pelajar di sekolah Singapura bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran untuk meraih pendapatan tetapi juga kemahiran yang boleh membangunkan perwatakan dan nilai.



Ini kerana warga Singapura bukan sahaja perlu menjadi rakyat yang berpendidikan dan pekerja yang terlatih.



Encik Lee berkata warga negara ini juga harus memiliki nilai yang tidak ketara tetapi penting agar Singapura dapat terus berjaya.



Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan lebih 240 penerima Anugerah Edusave Kementerian Pendidikan (MOE) di Sekolah Rendah Townsville hari ini (5 Januari).



Encik Lee juga berkata perubahan terkini kepada sistem pendidikan setempat akan menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang lebih bermakna bagi pelajar.



Ini termasuk mengurangkan tumpuan pada keputusan akademik, mendedikasikan lebih banyak masa kurikulum pada bagi pembelajaran yang lebih mendalam serta membantu pelajar melihat hubungan antara kandungan buku teks mereka dengan dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >