Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S'pura buat persiapan hadapi penularan penyakit seperti koronavirus sejak Sars berlaku

Jan 31, 2020 | 02:28 PM



SINGAPURA telah membuat persiapan bagi menghadapi penularan penyakit seperti koronavirus yang serupa dengan Sars sejak ia berlaku hampir dua dekad lalu kerana tahu perkara seperti itu boleh berulang, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Buat masa ini, Singapura telah mengambil tindakan baik dari segi mengenal pasti kes baru dan mengasingkan kes-kes penularan koronavirus, kata beliau lagi.



“Kami telah membina keupayaan institusi kita, mengatur rancangan, membina kemudahan dan tampungan barangan yang diperlukan kerana kami tahu sesuatu seperti itu (Sars) boleh berlaku lagi.



“Justeru, apabila perkara ini berlaku (penularan koronavirus Wuhan), ia satu kejutan tapi bukan sesuatu yang  menghairankan,” kata Encik Lee.



Encik Lee berkata demikian pada Jumaat (31 Januari) semasa mengunjungi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk bertemu kakitangan yang berurusan dengan pesakit koronavirus.



Sehingga 30 Januari, 13 kes pesakit yang diuji positif mempunyai koronavirus  telah dikenal pasti di Singapura. Kesemuanya adalah warga China dari Wuhan dan tiada bukti koronavirus itu menular dalam masyarakat di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Kesemua 13 pesakit ini kini sedang menerima rawatan dan diasingkan daripada pesakit lain di NCID.



Kata Encik Lee, beliau berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) semasa Singapura menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi bagi menangani penularan koronavirus  dan beliau mengunjungi NCID untuk melihat sendiri persiapan, kemudahan di institusi dan kakitangan barisan depan dalam usaha Singapura mengekang penularan koronavirus itu.



Kata Encik Lee:



“Saya amat menghormati mereka (kakitangan barisan depan). Mereka menyandang jawatan yang mereka tahu amat sukar dan jawatan yang berisiko. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka.”



Angka korban di China akibat koronavirus telah meningkat kepada 213 pada 31 Januari, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularannya sebagai kecemasan antarabangsa – isyarat bahawa patogen membawa maut itu tidak dijangka berkurangan dalam masa terdekat.



Antara November 2002 dengan Julai 2003, penularan Sars di selatan China menyebabkan 8,098 kes, termasuk 774 kematian di 17 negara.



Sejumlah 238 kes Sars dikenal pasti di Singapura, dengan 33 maut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >