Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S'pura serius tangani perubahan iklim

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA serius dalam usahanya menangani perubahan iklim yang boleh mempunyai kesan besar terhadap pembangunan mampan.



Menyatakan demikian Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Singapura juga akan terus bekerjasama dengan negara lain bagi mengatasi isu tersebut.



"Program Kerjasama Singapura telah melatih lebih 12,000 pegawai dari negara membangun dalam program perubahan iklim," kata Encik Lee dalam posnya di Facebook semalam.



Beliau berkata demikian sebagai mengupas isu kemampanan dan perdagangan semasa berucap di Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) di London, Britain, kelmarin.



Menyentuh tentang perdagangan pula, PM Lee telah menggesa negara Komanwel agar memanfaatkan kesamaan yang wujud antara mereka bagi meningkatkan perdagangan dengan satu sama lain.



Negara-negara dalam kumpulan itu mempunyai 'Kelebihan Komanwel' kerana mereka memiliki persamaan dari segi perundangan, operasi bahasa, sekitaran perniagaan dan pandangan ekonomi, kata Encik Lee.



"Kita mesti bekerjasama antara satu sama lain untuk makmur dan tinggal dalam keamanan bersama," ujar beliau.



Katanya, banyak negara yang telah meraih manfaat daripada pendekatan pelbagai hala yang menetapkan peraturan perdagangan yang seragam dan universal.



Selain itu, banyak negara Komanwel menyertai perjanjian serantau termasuk Perjanjian Progresif dan Menyeluruh bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).



Daripada 11 anggota CPTPP, sebanyak enam merupakan negara Komanwel - Australia, Brunei, Canada, Malaysia, New Zealand dan Singapura.



Singapura merupakan antara 53 negara anggota Komanwel.



Kebanyakan daripada pemimpin 53 negara itu, termasuk Encik Lee, telah menghadiri Persidangan Chogm yang berlangsung kelmarin dan semalam.



Dalam lawatannya ke London, PM Lee turut menemui Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, dalam pertemuan dua hala pertama antara kededua pemimpin itu.



Antara isu yang dibincangkan termasuk sejarah kolonial Singapura, serta langkah Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit, serta pengesahan perjanjian perdagangan bebas antara EU dengan Singapura.



Encik Lee dan Cik May turut mengesahkan hubungan mendalam dan bersejarah antara kededua negara, yang meliputi pelbagai aspek termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan siber.



Menjelang ulang tahun ke-200 ketibaan Sir Stamford Raffles tahun depan, kededua pemimpin itu juga bersetuju memperingati kejadian tersebut dengan kerjasama baru yang meluas.



Dalam rangka lawatan itu, PM Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, juga menghadiri jamuan malam rasmi yang dihoskan oleh Ratu Elizabeth.



Laporan lanjut: PM Lee: Perang dagang akan melemahkan sistem berbilang hala, kemakmuran global




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >