Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Struktur politik S'pura mungkin perlu diubah

NUR ADILAH MAHBOB
Feb 17, 2014 | 07:33 PM



SINGAPURA mungkin perlu membuat perubahan lanjut pada struktur politiknya sedang masyarakat berubah, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.


"Saya percaya akan ada persaingan lebih hebat, dan akan ada keinginan yang lebih tinggi dalam kalangan warga Singapura untuk menyertai proses politik.


"Dan kami harus menyesuaikannya kerana ada baiknya warga Singapura prihatin terhadap hal ehwal dan arah tuju negara ini," ujar Encik Lee.


Beliau berkata demikian dalam satu temuramah dengan New Century, penerbitan utama syarikat media Caixin di China.


Encik Lee ditanya apakah struktur politik di Singapura sekarang akan kekal relevan dalam dunia yang semakin berubah.


Sistem itu akan berubah dengan peredaran masa, tetapi sukar untuk dikatakan bagaimana ia akan berubah, kata Perdana Menteri.


"Apapun yang kami ubah, kami inginkan sistem yang merangsang orang berkebolehan untuk tampil, anda mendorong pengundi untuk memilih orang yang akan mewakili kepentingan mereka dengan baik, dan anda mendorong Pemerintah untuk bertindak untuk kepentingan jangka panjang negara ini," ujar Encik Lee.


Dalam wawancara itu, beliau juga ditanya kemungkinan Singapura mempunyai 'Perdana Menteri Lee' yang ketiga.


Menjawab, Encik Lee berkata:


"Mungkin juga. Ada ramai Lee dalam dunia ini. Saya fikir nama keluarga kami paling banyak terdapat dalam kalangan orang Cina.


"Tetapi saya tidak fikir ia diwarisi dalam keluarga (goes in the family)," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >