Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI MENANAM POKOK

PM Lee tanam pokok yang sama seperti ditanam mendiang bapa

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyambut Hari Menanam Pokok semalam dengan menanam pokok yang sama seperti pokok yang ditanam bapanya, Perdana Menteri Pengasas, mendiang Lee Kuan Yew, pada 1963.



Gerimis pagi semalam tidak menghambat Encik Lee bersama Ahli Parlimen GRC Ang Mo Kio lain seperti Encik Darryl David, Encik Gan Thiam Poh dan Cik Ng Ling Ling - untuk bercangkul bagi membantu menanam sembilan pokok mempat, lapor The Straits Times (ST).



Pokok tersebut terkenal dengan bunga-bunganya yang berwarna merah jambu muda seperti bunga sakura.



AP Kebun Baru, Encik Henry Kwek, dan AP Yio Chu Kang, Encik Yip Hon Weng, turut serta dalam acara semalam.



Hari Menanam Pokok yang diadakan di Ang Mo Kio Avenue 3, bertujuan memaparkan inisiatif kemampanan yang dilancarkan Majlis Bandaran Ang Mo Kio seperti bangku yang diguna semula dan memaparkan projek mesra alam yang dipimpin golongan pelajar.



Disebabkan pandemik Covid-19, hanya 40 orang termasuk penasihat akar umbi dan hadirin lain menyertai acara itu secara fizikal.



Penduduk tidak dapat menyertai kegiatan itu buat kali kedua namun boleh menontonnya secara langsung menerusi Facebook.



Acara yang merupakan tradisi tahunan itu buat julung-julung kalinya diadakan pada 16 Jun 1963, apabila Perdana Menteri Pengasas, mendiang Lee Kuan Yew, menanam pokok Cratoxylum formosum atau pokok mempat di Farrer Circus.



Namun, Hari Menanam Pokok rasmi pertama kali dilancarkan pada 7 November 1971 apabila Pemangku Perdana Menteri ketika itu, mendiang Goh Keng Swee menanam sabatang pokok hujan di puncak Mount Faber.



Sejak itu, majlis bandaran setempat menganjurkan kegiatan Hari Menanam Pokok sendiri bersama para AP mereka.



Pokok mempat yang didapati di sini boleh tumbuh setinggi 10 meter di taman-taman Singapura.



Selalunya pada Februari dan Ogos, daun-daunnya yang mempunyai kandungan perubatan serta bunga-bunga berwarna merah jambunya akan gugur.



Batang pokok itu juga amat berguna dan boleh digunakan untuk membuat perabot, sebagai bahan pembakar dan lain-lain lagi.



Encik Darryl David, pengerusi Majlis Bandaran Ang Mo Kio, berkata acara menanam pokok itu merupakan acara yang penuh bermakna sejajar visi kota Singapura sebagai sebuah taman.



"Dengan adanya upacara menanam pokok ini setiap tahun, ia mengingatkan kita tentang keperluan melebihkan tanaman di kota kita," tambahnya,



Selepas menanam pokok berkenaan, Encik Lee merasmikan kumpulan pertama bangku-bangku kayu yang diguna semula oleh majlis bandaran tersebut serta alas cawan yang bahannya diperbuat daripada pokok-pokok hujan dan pepokok yang ditumbang di Ang Mo Kio awal tahun ini.



10 bangku akan diletakkan di kawasan umum bagi penduduk dan 500 alas cawan akan diberikan sebagai hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan berkait usaha kemampanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >