Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Tarikh pilihan raya bergantung pada yang terbaik bagi S'pura lalui situasi Covid-19

Mar 14, 2020 | 06:12 PM



TARIKH yang dipilih untuk mengadakan pilihan raya umum bergantung pada apa yang terbaik untuk membolehkan Singapura menangani krisis yang disebabkan penularan koronavirus, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Singapura, tambah beliau,  akan mengambil semua langkah berjaga-jaga jika ia mengadakan pilihan raya sebelum penularan Covid-19 berakhir, supaya semua parti boleh berkempen secara berkesan dan rakyat boleh membuang undi dengan selamat.



Encik Lee, berkata demikian dalam pos Facebook pada Sabtu (14 Mac)  di mana beliau mengulas tentang cabaran yang dihadapi Singapura untuk menangani penularan Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi.



Singapura perlu mengadakan pilihan raya umum sebelum 21 April 2021.

Kata Encik Lee, pilihan raya boleh diadakan hanya selepas daftar pengundi dikemas kini, yang biasanya mengambil masa sekitar sebulan.



Menambah, Encik Lee berkata  Singapura mempunyai dua pilihan untuk memilih tarikh mengadakan pilihan raya.



Ia boleh berharap dan berdoa bahawa keadaan akan menjadi stabil sebelum penggal pemerintahan ini berakhir supaya pilihan raya boleh diadakan  dalam keadaan lebih normal, walau perkara ini adalah suatu yang kurang pasti,  kata Encik Lee.



Sebaliknya, Singapura boleh mengadakan pilihan raya umum lebih awal, menurut Encik Lee.



“Kita boleh mengadakan pilihan raya lebih awal, dengan pengetahuan bahawa kita sedang menghadapi cabaran yang genting, dan memilih pemerintah baru dengan mandat yang baru dan dengan penggal (pemerintahan) penuh di mana ia boleh bekerjasama dengan rakyat Singapura untuk menghadapi cabaran genting itu,” kata Encik Lee.





Semalam, pemerintah menerbitkan laporan  Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) yang biasanya menandakan pilihan raya umum bakal menjelang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >