Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tekad serah kepimpinan S'pura dalam keadaan baik selepas kemudi krisis Covid-19

Jul 27, 2020 | 09:48 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menjelaskan bahawa beliau telah membentuk Kabinet yang seutuhnya yang termampu dan akan memanfaatkan mandat yang diberi warga Singapura dalam menangani secara gigih cabaran ekonomi dan kesihatan awam yang dihadapi negara ini.



Mengemudi Singapura dalam mengharungi krisis yang berpunca daripada pandemik koronavirus dan menyerahkan negara ini dalam keadaan baik kepada pemimpin selanjutnya yang akan membawa negara ini lebih maju lagi, justeru itu, menjadi matlamat Encik Lee sedang beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura malam tadi (Isnin, 27 Julai).



Upacara mengangkat sumpah anggota Kabinet baru itu dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Hakim Besar Encik Sundaresh Menon. Ia diadakan di dua lokasi, Istana dan Bangunan Parlimen.



Menggesa setiap warga Singapura agar kekal bersatu, Encik Lee berkata dengan Pilihan Raya Umum kini selesai, tugas Kabinet baru dan pemerintah sudah bermula.



"Walau apa pun fahaman politik kita, jangan lupa kita pertama dan utama adalah warga Singapura.



"Marilah kita bersatu hati dan tumpukan tenaga kita pada cabaran mendatang," katanya.



Encik Lee berucap di hadapan rakan politiknya dan tetamu undangan di Istana manakala layar video dihubungkan ke Bangunan Parlimen di mana Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan sekumpulan lagi menteri dan tetamu berhimpun di situ sejajar dengan amalan jarak selamat.



Encik Lee, antara lain, menyifatkan krisis Covid-19 semakin meruncing. Jangkitan baru dan angka kematian bertambah manakala kota yang awalnya membawa virus ini di bawah kawalan kini mengalami penularan berulang.



Kerana itu, pemerintah Singapura, jelasnya sedang membangun daya kemampuan menguji dan menjejak kenalan bagi mengenal pasti dan membasmi jangkitan baru Covid-19 secepatnya.



Encik Lee juga bertekad menyelamatkan seberapa banyak pekerjaan yang termampu dan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan mencari pekerjaan baru. Pemerintah juga akan membantu perniagaan yang telah ditutup dek Covid-19 khususnya dalam sektor binaan, pelancongan dan penerbangan agar bangkit semula dan membangun kembali perniagaan mereka. 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >