Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

PM Lee tekan kepentingan dialog antara pemimpin dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee tekan kepentingan dialog antara pemimpin dunia

Jun 27, 2022 | 05:30 AM

DUNIA kini berada dalam situasi baru yang menyaksikan persaingan antara dua kuasa besar, meskipun sengit, namun tidaklah sampai mengancam keamanan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kelmarin (gambar).

Justeru, keutamaan perlu diberikan kepada dialog bersemuka antara para pemimpin pemerintah dalam tempoh yang kompleks ini agar dapat membina kepercayaan dan menjalin kerjasama pelbagai hala.

Encik Lee bercakap kepada media Singapura bagi menggulung lawatannya ke Kigali, ibu negara Rwanda, bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah Komanwel (Chogm).

Jika dilihat pada situasi hari ini, negara-negara bukan sahaja bersaing tetapi dalam kes Eropah, mereka benar-benar berlawan, hingga terdapat permusuhan dan pertumpahan darah, kata beliau lagi.

Terdapat juga potensi berlakunya masalah seperti ini di Asia, jika perkara itu tidak dikendalikan dengan teliti, tambah Encik Lee.

'Saingan antara ekon dunia baik jika ada usaha erat hubungan'

"Ia adalah kedudukan baru dunia, tempoh di mana Amerika Syarikat melihat kebangkitan China sebagai tidak mengancam, saya fikir masa itu sudah berlalu.

"Oleh itu, ia bukan lagi satu situasi di dunia di mana negara besar bersaing antara satu sama lain, tetapi pada dasarnya aman.

"Di masa kini, anda sebenarnya mempunyai lawan, permusuhan dan pertumpahan darah," kata beliau.

Menjawab soalan tentang betapa terdedahnya negeri-negeri kecil dalam menghadapi persaingan kuasa besar, Encik Lee berkata persaingan antara ekonomi utama dunia boleh menjadi satu perkara baik jika ia adalah pertandingan untuk mengeratkan hubungan.

Beliau memberi contoh seperti melakukan lebih banyak perniagaan atau melabur lebih banyak dalam ekonomi yang sedang berkembang.

Namun begitu, ia akan menjadi satu perkara yang negatif jika persaingan sedemikian membawa kepada ketegangan dan konflik yang boleh menimbulkan ketidaktentuan dan ketidakstabilan di dunia, tambah beliau.

Encik Lee berkata sewaktu Perang Dingin, ia telah mengakibatkan persaingan serantau di tempat-tempat seperti Afrika, serta di Asia Tenggara.

Lantaran itu, persidangan utama seperti Chogm, yang berlangsung dari Jumaat hingga kelmarin, memberi peluang rakan pemimpin bertemu secara peribadi dan bertukar pandangan, tegasnya.

Sidang kemuncak itu, yang biasanya diadakan setiap dua tahun, telah ditangguhkan dua kali disebabkan pandemik Covid-19 dan kali terakhir diadakan di London pada 2018.

Encik Lee berkata beliau menghargai peluang bertemu lagi dengan rakan-rakan Singapura di Komanwel, termasuk di rantau Afrika, Caribbean dan Pasifik Selatan, dan mendengar secara langsung perspektif mereka dan isu yang mereka utamakan.

Penglibatan sebegini, menurut beliau, dapat membantu para pemimpin lebih memahami dan mempercayai antara satu sama lain dan diharapkan akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat.

"Jika negara bersaiz kecil dan sederhana tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam dunia yang kompleks, maka kedudukan kita di dunia sudah pasti akan menjadi lebih berbahaya," kata Encik Lee.

Meskipun negara-negara kecil mungkin mempunyai keupayaan terhad untuk mengemudi arus global, Encik Lee menegaskan bahawa mereka bukan tanpa agensi dan pengaruh.

Beliau memberi contoh dua usaha pelbagai hala yang bertujuan untuk menjaga kepentingan negara-negara kecil, iaitu, Forum Negara Kecil di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan oleh Singapura pada 1992, serta Kumpulan Tadbir Urus Global yang ditubuhkan pada 2009 yang menggalakkan dialog antara negara-negara Kumpulan 20 (G20) dan keanggotaan PBB yang lebih luas.

Inisiatif sebegini menunjukkan bahawa negara yang lebih kecil boleh mempunyai suara yang lebih didengari di pentas dunia dengan bekerjasama, kata Encik Lee.

Menyentuh tentang bagaimana Singapura akan mengharungi halangan geopolitik ini, Encik Lee berkata negara ini perlu menguruskan keadaan dan akan mengambil bahagian dalam inisiatif seperti Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik AS dan Inisiatif Pembangunan Global China "di mana ia tidak bercanggah".

"Kita hanya perlu bersedia... untuk bersatu, meningkatkan diri dan mengubah ekonomi kita.

"Dan untuk terus keluar dari situasi sekarang ini mendahului negara lain, walau apapun kesukarannya," katanya.

"Saya rasa itu adalah dalam kemampuan kami."

Encik Lee, yang dalam perjalanan pertamanya ke Afrika, masih akan berada di Kigali untuk lawatan dua hala rasmi dua hari bermula semalam, di mana beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Rwanda, Encik Paul Kagame.

"Rwanda adalah sebuah negara yang sangat menarik di Afrika dengan banyak potensi dan mempunyai hubungan tertentu dengan Singapura... jadi saya gembira kerana berpeluang untuk menghabiskan beberapa hari di sini dan mempelajari sesuatu tentang Rwanda dan tentang Afrika," katanya.


CARA SINGAPURA HARUNGI HALANGAN GEOPOLITIK...

"Kita hanya perlu bersedia... untuk bersatu, meningkatkan diri dan mengubah ekonomi kita.

Dan untuk terus keluar dari situasi sekarang ini mendahului negara lain, walau apapun kesukarannya.

Saya rasa itu adalah dalam kemampuan kami."

- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3