Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temu pemimpin dunia, peringati Mahatma Gandhi di acara PBB

Sep 25, 2019 | 09:03 AM



NEW YORK - Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah bertemu dengan beberapa pemimpin dunia di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa (24 September), demi membincangkan cara memperkukuh kerjasama antara Singapura dengan negara lain dalam bidang perdagangan dan pelaburan. 



PM Lee juga memberi penghormatan kepada pahlawan kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, selain memperingati warisannya dalam menegakkan usaha menentang penjajah tanpa menggunakan kekerasan di acara ulang tahun kelahiran Gandhi yang ke-150 pada 2 Oktober.



Selepas mendiang Gandhi meninggal dunia pada 1948, sebahagian abu mayatnya juga ditaburkan di laut dari 3.2 kilometer dari selatan Singapura.



Bagi memperingati legasinya, ruang Peringatan Mahatma Gandhi juga diletakkan di Persatuan Hindi di Race Course Lane.   



PM Lee berkata falsafah Gandhi yang menentang keganasan masih merupakan satu peringatan yang relevan pada hari ini, menurut laporan The Straits Times (ST).



Beliau menambah perbezaan sesama manusia lebih cepat ditekankan berbanding kesamaan sesama manusia.



Perdebatan umum PBB, yang merupakan kemuncak sidang global selama seminggu itu bermula pada Selasa (24 September), membolehkan  pemimpin dunia berkumpul untuk memberi ucapan dan membincangkan isu-isu global.



Di samping menghadiri Perhimpunan Agung PBB, PM Lee turut bertemu dengan Perdana Menteri Belgium, Encik Charles Michel, yang bakal menjadi presiden Suruhanjaya Eropah (EC).



PM Lee dan Encik Michel mengesahkan hubungan baik antara Singapura dan Belgium, selain meneroka cara untuk memperdalam hubungan ekonomi antara mereka, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >