Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM LEE DI BRUNEI DARUSSALAM

PM Lee temu Sultan Brunei, kakitangan SAF dalam lawatan kerja

Turut temu para menteri Brunei untuk satu mesyuarat makan tengahari
Jul 17, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah bertemu dengan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di kemudahan latihan di Temburong, Brunei Darussalam, kelmarin sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tiga harinya ke negara itu.



Perjalanan Encik Lee dari ibu kota Bandar Seri Begawan ke Temburong - daerah paling timur di Brunei.



Kementerian Pertahanan (Mindef) semala berkata bahawa Encik Lee telah ditemani Ketua Tentera SAF, Mejar-Jeneral (MG) David Neo, dan beliau berinteraksi dengan para pelatih tentera.



Kementerian itu mengesahkan hubungan ketenteraan yang kukuh dan berpanjangan antara Singapura dengan Brunei, dan berkata latihan SAF di Brunei dirancang akan disambung secara berperingkat ke peringkat pra-Covid-19 mulai bulan depan.



Tambahan kepada latihan hutan yang dijalankan SAF di Brunei, SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF) berinteraksi menerusi latihan dua hala yang kerap dijalankan, pertukaran profesional, lawatan dan kursus yang dihadiri antara satu sama lain, kata Mindef.



"Pertukaran ini telah mempertingkat profesionalisme serta mengukuhkan hubungan antara kededua angkatan bersenjata," tambahnya.



Dalam catatannya semalam Encik Lee, yang merupakan mantan brigadier-jeneral di SAF, berkata beliau telah bertemu dengan anggota perkhidmatan negara (NS) serta askar sepenuh masa di Temburong.



"Saya gembira kerana moral tinggi dan mereka sedang menantikan penyambungan semula latihan," tambahnya.



Pagi semalam, Encik Lee, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, telah bertemu pagi semalam untuk satu kegiatan berjalan di Jerudong, serta bersarapan.



Encik Lee juga telah menjamu para menteri Brunei untuk satu mesyuarat makan tengahari.



Sementara itu dalam catatannya, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, melahirkan penghargaannya kerana dapat bersama Encik Lee semasa menghadiri Istiadat Pengurniaan di Istana Nurul Iman di Brunei kelmarin.



"Satu penghormatan kerana dapat bersama PM Lee Hsien Loong menghadiri Majlis Pengurniaan di Istana Nurul Iman, sempena perayaan hari ulang tahun ke-76 Sultan Hassanal Bolkiah.



"Saya juga bertemu dengan rakan-rakan lama, Menteri Kedua Ehwal Luar Brunei, Dato Erywan Yusof, dan Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi, Dato Amin Liew, di majlis makan malam," tambah Dr Maliki.



Lawatan Encik Lee dan Dr Maliki ke Brunei itu turut disertai pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).




"Saya gembira kerana moral tinggi dan mereka sedang menantikan penyambungan semula latihan."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong mengenai hubungan ketenteraan antara Singapura dan Brunei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >