Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui Menteri Luar China, perkukuh hubungan dua hala

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, Menter Luar China, Encik Wang Yi, telah mengesahkan lagi hubungan erat dan lama antara Singapura dengan China dalam satu pertemuan yang diadakan di Istana pagi semalam.



Encik Lee berkata beliau dan Encik Wang telah mengadakan perbincangan yang produktif dan terbuka mengenai perkembangan antarabangsa serta serantau.



"Meskipun dalam keadaan global yang mencabar ekoran pandemik ini, kami terus bekerjasama rapat, berkongsi sumber dan kemahiran demi menangani wabak ini dengan lebih baik," kata Encik Lee di Facebook.



"Singapura menyambut sumbangan China yang berterusan di rantau ini, dan kami akan terus bekerja dengan China untuk membina sebuah dunia yang lebih harmoni dan aman," tambahnya, sambil menyertakan emoji kedua-dua negara itu dalam catatan tersebut.



Dalam satu kenyataan semalan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Encik Lee dan Encik Wang telah mengesahkan hubungan baik antara Singapura dengan China serta momentum positif dalam kerjasama kedua-dua negara itu semasa pandemik Covid-19.



Mereka juga menyambut ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog Asean-China tahun ini.



Encik Wang berada di Singapura bagi lawatan kerja dua hari sejak kelmarin.



Beliau juga telah menemui Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat dan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.



Encik Wang dan Encik Heng turut menekankan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara serta membincangkan perkembangan dalam usaha memperluas kerjasama meskipun semasa pandemik ini.



Mereka juga menantikan pertemuan seterusnya dalam Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala ke-17 tahun ini yang akan dipengerusikan bersama Encik Heng dan Naib Perdana Menteri China, Encik Ha Zheng.



Jawatankuasa itu akan memudahkan perbincangan bagi kerjasama dalam beberapa bidang seperti perdagangan dan pelaburan, kewangan, ekonomi digital, kesihatan awam, pembangunan mampan dan melakar langkah seterusnya dalam bidang kerjasama baru, kata MFA dalam kenyataannya sebelum ini.




"Meskipun dalam keadaan global yang mencabar ekoran pandemik ini, kami terus bekerjasama rapat, berkongsi sumber dan kemahiran demi menangani wabak ini dengan lebih baik.

Singapura menyambut sumbangan China yang berterusan di rantau ini, dan kami akan terus bekerja dengan China untuk membina sebuah dunia yang lebih harmoni dan aman."

- Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >