Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI–LA

PM Lee temui Menteri Pertahanan Nasional China, Jeneral Wei

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah bertemu dengan Menteri Pertahanan Nasional China, Jeneral Wei Fenghe, di Istana semalam.



Jeneral Wei kini berada di Singapura bagi lawatan rasmi dan untuk menghadiri Dialog Shangri-La yang berlangsung dari semalam hingga esok.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, turut hadir dalam pertemuan itu, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Menurut Mindef, Encik Lee dan Jeneral Wei mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan sudah lama dijalin antara Singapura dengan China, yang telah banyak berkembang selama ini.



"Mereka juga menyambut baik inisiatif baru di bawah Perjanjian Pertukaran Pertahanan dan Kerjasama Keselamatan (ADESC) Dipertingkat 2019 yang dimeterai Singapura dan China buat kali pertama pada 2008, yang juga telah meningkatkan tahap kerjasama pertahanan dua hala antara kedua-dua negara," ujarnya.



Tambahnya, Encik Lee dan Jeneral Wei juga bertukar pandangan tentang perkembangan keselamatan sedunia dan serantau.



Mereka juga berbincang bagaimana untuk memperkukuh kerjasama dan membina rasa saling percaya antara negara.



Sebelum ini, Jeneral Wei juga telah mempengerusikan bersama Dialog Menteri Pertahanan Singapura-China dengan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Dr Ng dan Jeneral Wei turut menyaksikan pemeteraian perjanjian yang akan mempertingkat kerjasama dalam bidang pendidikan tentera dan pertukaran akademik antara akademi tentera dengan kumpulan pemikir, seperti yang dipersetujui di bawah ADESC yang dipertingkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >