Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui pekerja pengangkutan awam sempena Tahun Baru Cina

Jan 21, 2023 | 04:10 PM



BAGI melahirkan penghargaan kepada pekerja pengangkutan awam yang bertugas semasa perayaan Tahun Baru Cina, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melawat Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands, pada Sabtu (21 Jan).

 

Mengunjungi pekerja pada musim perayaan adalah tradisi tahunan yang biasanya diadakan pada hari pertama Tahun Baru Cina. 


Lawatan itu dianjurkan  Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) yang bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerja kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang penting semasa tempoh perayaan ini. 


Bersama Encik Lee dalam lawatan itu ialah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat; Ketua Eksekutif Penguasa Pengangkutan Darat, Encik Ng Lang; Cik Mary Liew, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.


Menurut Encik Lee sambutan Tahun Baru Cina kini kembali seperti sediakala selepas dua tahun yang sukar itu akibat sekatan Covid-19. 


Bagi Cik Afiqah Nabilah Hussin, 31 tahun, Pengawai Operasi SMRT yang akan bekerja sepanjang musim perayaan ini, beliau berasa terharu dengan penghargaan yang diterima yang baginya memberi beliau motivasi tambahan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >