Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui Presiden Jokowi di Bintan pada 25 Jan untuk teliti kemajuan, perkukuh kerjasama S'pura-Indo

Jan 20, 2022 | 08:24 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan bertemu dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo di Bintan sempena Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia Selasa (25 Januari) ini.



Dua pemimpin itu akan meneliti kemajuan dalam kerjasama dua hala dan meneroka peluang memperkukuhkan lagi hubungan.



“Setiausaha Media kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengesahkan bahawa Perdana Menteri Lee akan melawat Bintan, Indonesia pada 25 Januari bagi Rahat



Pemimpin Singapura-Indonesia, yang akan dihoskan Presiden Indonesia Joko Widodo.



“Para pemimpin itu akan meneliti kemajuan dibuat bagi kerjasama dua hala dan meneroka cara memperkukuh interaksi dalam bidang-bidang utama yang menjadi kepentingan bersama,’’ ujar kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (20 Januari)



Kali terakhir Encik Lee bertemu Encik Widodo adalah di Singapura semasa Rahat Pemimpin diadakan pada 8 Oktober 2019. Sejak pandemik Covid-19 berlaku, tidak ada Rahat Pemimpin yang diadakan.



Pada 3 Januari lalu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan kedua-dua negara telah mencapai kemajuan dalam isu dua hala utama sejajar dengan apa yang dipersetujui paa 2019.



Meskipun jurucakap itu tidak menjelaskan isu utama, rangka kerja 2019 meneliti dua isu iaitu pengurusan ruang udara dan latihan ketenteraan.



Dalam sidang akhbar di Jakarta pada Khamis (20 Januari), Pengarah Ehwal Asia Tenggara di Kementerian Ehwal Luar Indonesia, Encik Mirza Nurhidayat ditukil sebagai berkata bahawa Rahat itu pada mulanya dijadualkan diadakan pada 2020. Tetapi akibat pandemik, ia ditunda.



“Rahat Pemimpin ini adalah modaliti kerjasama antara kedua-dua negara… perkara berkaitan peningkatan kerjasama dua hala antara Indonesia dan Singapura akan dibincangkan,” katanya.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi sebelum ini telah mengadakan perbincangan berhubung skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dua hala, sehari selepas Singapura mengumumkan pengunjung dari Indonesia boleh berkunjung bebas kuarantin ke Singapura sejak 29 November lalu.



“Kami mempunyai perbincangan yang baik berhubung langkah yang akan diambil untuk membuka semula sempadan selain memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.



“Kami mengalu-alukan pembukaan VTL dari Jakarta ke Singapura mulai 29 November ini dan bersetuju meneruskan perbincangan meluaskan VTL,” kata Dr Balakrishnan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >