Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui Sultan Brunei

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menemui Sultan Brunei Hassanal Bolkiah semalam untuk mengucapkan tahniah secara peribadi sempena sambutan jubli emas beliau menaiki takhta.



Dalam pertemuan di Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan, kededua pemimpin itu mengesahkan hubungan dua hala amat baik antara Singapura dengan Brunei, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Mereka juga meluahkan hasrat menyaksikan hubungan diperkukuh di peringkat dua hala dan serantau.



Pada 8 malam tadi, PM Lee dan isterinya, Cik Lee, bersama orang kenamaan lain menghadiri majlis persantapan diraja di Istana Nurul Iman, yang dihos Sultan dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, sempena sambutan jubli emas itu.



Antara yang hadir di majlis gilang-gemilang itu ialah pemimpin dan ketua negara Asean termasuk Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo; Yang Dipertuan Agung Malaysia, Sultan Muhammad V Sultan Ismail; dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.



Awal sebelum itu, Encik Lee telah mengadakan lawatan ke latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong untuk berinteraksi dengan anggota SAF.



Beliau juga menemui warga Singapura yang tinggal di negara itu.



Laporan lanjut:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >