Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui warga Singapura di New York

Mar 28, 2016 | 09:25 AM



NEW YORK: Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu warga Singapura yang tinggal di Amerika Syarikat dalam satu majlis di New York pada Ahad (27 Mac), semasa lawatan seminggu beliau ke New York dan Washington.



Encik Lee meluangkan masa lebih sejam berbual dengan sekitar 400 hadirin. Ramai daripada mereka meminta mengambil gambar selfie bersama beliau.



Dalam ucapan ringkasnya, Encik Lee menggesa mereka supaya terus berhubungan dengan Singapura dan mengibarkan bendera negara ini di Amerika.



"Anda semua mengibar bendera Singapura sepanjang masa... Anda mewakili kami dan anda akan menunjukkan apa dia rakyat Singapura dan saya rasa itu berharga.



"Sentiasalah berhubung dengan rumah, teruslah berhubung dengan kami... Sentiasalah berhubung dan pulang ke rumah dari semasa ke semasa dan satu hari kelak, pulanglah ke Singapura," katanya.



Encik Lee menambah bahawa beliau berada di sini pada masa yang menarik dalam politik Amerika, sambil menyatakan bahawa pilihan raya presiden Amerika yang akan datang akan mempunyai kesan ke atas Singapura dan seluruh dunia.



"Ia pilihan raya Amerika tetapi pilihan Amerika - apa mood negara ini dan pemimpin yang mana satu mereka pilih - akan memberi kesan kepada seluruh dunia. Di New York, saya akan mempunyai peluang bertemu beberapa orang yang berminat dalam rantau ini untuk cuba dan meletak kita sebagai sebuah titik kecil pada skrin radar."



Encik Lee dijadual melawat Memorial dan Muzium 9/11 pada Isnin (28 Mac). Beliau akan ke Washington lewat minggu ini untuk mengambil bahagian dalam Sidang Puncak Keselamatan Nuklear keempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >