LAWATAN PM LEE KE MYANMAR
PM Lee temui warga S'pura, Speaker Parlimen Myanmar
Rombongan pemimpin Singapura sambung lawatan ke Yangon, temui warga Singapura di sana dalam majlis jamuan malam
Jun 09, 2016 | 05:30 AM
DARI YANGON (MYANMAR): PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengakhiri lawatannya ke Naypyitaw semalam dengan menemui Speaker Dewan Rendah, U Win Myint, dan Speaker Dewan Rakyat dan Parlimen, Mahn Win Khaing Than.
Dalam pertemuan di Bangunan Parlimen itu, mereka menekankan hubungan kukuh antara parlimen kededua negara dan keakraban antara rakyat Singapura dan Myanmar.