Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee terima anugerah iktiraf keharmonian agama Singapura di New York

Sep 24, 2019 | 03:31 PM



NEW YORK - Singapura merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian agama yang banyak di dunia,  tetapi masyarakatnya yang harmoni itu tidak wujud secara kebetulan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (23 September).



Sebaliknya, ia telah meletakkan asas bagi mencapai keharmonian kaum dan mengekalkannya sejak tahun-tahun yang sudah, kata PM Lee dalam ucapannya selepas menerima Anugerah Negarawan Dunia dari kumpulan antara agama berpangkalan di New York, Appeal of Conscience Foundation.



Selepas menerima anugerah itu, PM Lee berucap selama 25 minit bagi mengongsi perjalanan Singapura bagi mewujudkan struktur - dari segi perlembagaan, politik mahupun sosial - untuk membanteras sikap tidak bertoleransi, serta sikap menyokong satu kaum sahaja sambil mengutuk kaum lain, dan mempengaruhi tingkah laku penduduk secara positif.



Pemimpin dunia yang pernah menerima anugerah itu termasuk mantan Perdana Menteri Britain, David Cameron, dan mantan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >