Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee terima anugerah Negarawan Dunia 2019

Anugerah diberi Yayasan Appeal of Conscience - sebuah pertubuhan silang agama yang berpangkalan di Amerika Syarikat
Apr 17, 2019 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan diberi Anugerah Negarawan Dunia 2019 oleh Yayasan Appeal of Conscience - sebuah pertubuhan silang agama yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dalam satu majlis makan malam di New York, 23 September nanti.



Rabbi Arthur Schneier, presiden dan pengasas yayasan itu berkata dalam satu kenyataan media kelmarin bahawa PM Lee "akan diiktiraf kerana memupuk masyarakat yang memeluk kepelbagaian budaya di mana masyarakat etnik mengekalkan kehidupan unik mereka dan pada masa yang sama hidup secara harmoni," lapor akhbar The Straits Times semalam.



PM Lee akan juga diiktiraf kerana "menyokong ekonomi berdasarkan pengetahuan dan sistem pendidikan yang menawarkan warganya dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan untuk bertahan dalam sekitaran global yang kian sengit selain melaksanakan prasarana kesihatan bertaraf dunia," tambah Rabbi Schneider.



Anugerah Negarawan Dunia mengiktiraf pemimpin yang menyokong kedamaian dan kebebasan dengan menggalak semangat toleransi, maruah manusia dan hak manusia, memperjuangkan isu-isu ini di negara sendiri dan bekerjasama dengan pemimpin dunia lain bagi membina masa depan yang lebih baik untuk semua, kata yayasan itu.



PM Lee berkata dalam satu kenyataan: "Ia merupakan satu penghormatan untuk menerima Anugerah Negarawan Dunia.



"Singapura menerima dengan terbuka kepelbagaian dan kepelbagaian budaya sebagai ideal asas masyarakat kita.



"Kita berusaha membina masyarakat pelbagai bangsa, bahasa, dan agama di mana warga hidup damai dan harmoni bersama.



"Singapura mengongsi visi Yayasan Appeal of Conscience mengenai dunia yang menyokong maruah manusia dan menghormati."



Yayasan Appeal of Conscience diasas Rabbi Schneier pada 1965 berusaha dalam memperjuangkan kebebasan agama, hak asasi kemanusiaan, kedamaian dan toleransi seluruh dunia dan memegang utuh pada prinsip live and let live (hidup dan terus hidup) yang bermaksud bersikap toleransi terhadap orang lain agar mereka juga bersikap serupa.



Gabungan silang agama yang merangkumi pemimpin perniagaan, agama dan dasar luar negara bertujuan mempromosi semangat saling memahami, kedamaian kerjasama silang agama dan melindungi minoriti dan berkata ia percaya kebebasan, demokrasi dan hak manusia merupakan nilai asas yang memberi negara di merata dunia harapan terbaik bagi kedamaian, keselamatan dan kemakmuran bersama.



Penerima Anugerah Negarawan Dunia sebelum ini termasuk Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, Presiden Mexico, Encik Enrique Pena Nieto dan Presiden Indonesia, Encik Susilo Bambang Yudhoyono.



Anugerah itu akan disampaikan kepada PM Lee oleh Rabbi Schneier semasa Majlis Makan Malam Anugerah Yayasan Appeal of Conscience yang ke-54.



Seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata:



"Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan Singapura untuk menggalak kebebasan agama dan toleransi dalam kalangan kumpulan pelbagai etnik dan bangsa. PM Lee akan menerima anugerah itu di New York pada September 2019."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >