Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee terima anugerah tertinggi Johor dari Sultan Ibrahim

Isteri, Ho Ching, turut dikurnia anugerah; lambang hubungan kukuh kededua SG, Johor
May 07, 2022 | 06:10 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menerima darjah tertinggi negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar semalam, sekali gus mengiktiraf hubungan rapat lagi kukuh antara Singapura dengan Johor.



Encik Lee dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran 'Datuk', di majlis pengurniaan darjah kebesaran yang diadakan dengan penuh istiadat di Istana Besar Johor.



"Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhkan hubungan dua hala.



"Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor," titah Sultan Ibrahim, yang turut dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya semalam.



Encik Lee berkata beliau berbesar hati menerima penghormatan tersebut dan gembira berpeluang menghadap Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, setelah dua tahun sempadan negara ditutup sebahagiannya untuk hampir dua tahun.



"Johor ialah pintu masuk penting antara Singapura dan Malaysia, dan kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa.



"Saya gembira kita telah bertindak secara tegas untuk hidup bersama Covid-19 dan menyambung semula jalinan kita, agar orang ramai boleh merentas Koswe untuk berhubung semula dengan keluarga dan rakan, seperti yang saya lakukan hari ini (semalam)," kata Encik Lee dalam satu kiriman di Facebook semalam.



Beliau dijangka menyambut Sultan Ibrahim yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura tahun ini.



Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia ini adalah darjah tertua dalam semua darjah yang diberi mana-mana negeri di Malaysia. Ia dizahirkan pada 1886 berdasarkan Darjah Inggeris St Michael dan St George.



Penerima dari Singapura sebelum ini termasuk mendiang Encik Lee Kuan Yew semasa beliau berjawatan perdana menteri; mendiang Encik E.W. Barker, semasa berjawatan sebagai Menteri Undang-Undang. Kedua-dua mereka menerima darjah kebesaran itu pada 1984.



Menteri Kanan Emeritus (ESM), Encik Goh Chok Tong, menerima darjah kebesaran itu pada 1991 semasa berjawatan Perdana Menteri.



Dalam majlis penuh istiadat semalam, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri PM Lee, Cik Ho Ching, yang membawa gelaran 'Datin Paduka'.



Cik Ho Ching merupakan warga Singapura pertama menerima darjah kebesaran itu.



Darjah kesateriaan peribadi itu ditauliahkan oleh Sultan Ibrahim pada 2015 untuk memperingati kemahkotaannya.



Tukang emas dari London, Encik David McCarty, juga telah ditempah oleh Sultan untuk menghasilkan hiasan darjah itu berdasarkan falsafah Islam dan direka oleh Sultan.



Turut hadir di majlis pengurniaan itu ialah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Che Puan Besar Khaleeda; serta anggota lain keluarga diraja Johor.



Selepas majlis pengurniaan itu, Encik Lee dan Cik Ho Ching dijamu sarapan tengah hari rasmi oleh Sultan Ibrahim.



Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan wakil kerajaan negeri yang lain, turut hadir.



Tetamu lain dari Singapura termasuk Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; serta pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Ehwal Luar, Ehwal Dalam Negeri, serta Perhubungan dan Penerangan.




"Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhkan hubungan dua hala. Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor."
- Sultan Ibrahim Iskandar.




"Johor ialah pintu masuk penting antara Singapura dan Malaysia, dan kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa. Saya gembira kita telah bertindak secara tegas untuk hidup bersama Covid-19 dan menyambung semula jalinan kita, agar orang ramai boleh merentas Koswe untuk berhubung semula dengan keluarga dan rakan, seperti yang saya lakukan hari ini (semalam)."
- PM Lee Hsien Loong.



Laporan lanjut: Majlis kurnia darjah Johor bagi PM Lee, Ho Ching penuh istiadat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >