Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden 2017

PM Lee terima permohonan Halimah Yacob letak jawatan politik, buka laluan jadi calon presiden

Aug 07, 2017 | 06:19 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menerima permohonan Cik Halimah Yacob untuk meletak jawatan dari semua tugasan politik, membuka laluan bagi pencalonannya bagi jawatan Presiden Dipilih (EP).



Menulis dalam surat yang dikirimkan kepada Cik Halimah, PM Lee berkata bahawa beliau akan melantik pengganti bagi pelbagai jawatan itu tidak lama lagi, dan akan menghantar penasihat akar umbi baru ke kawasan undi Marsiling, di mana Cik Halimah pernah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP).



Dalam surat bertarikh Isnin, 7 Ogos itu, PM Lee memberitahu Cik Halimah bahawa beliau tiada keraguan bahawa Cik Halimah akan mendukung jawatan yang diperuntuk Perlembagaan itu dengan baik.



"Saya yakin, bahawa jika dipilih, anda akan melakukan yang terbaik, sebagaimana yang anda selalu lakukan, dan akan membawa bersama martabat, kemesraan peribadi, pengalaman (berkhidmat) dalam pemerintah dan keprihatinan untuk watan, ke pejabat tertinggi di negara ini," kata PM Lee.



Surat itu, yang berupa jawapan kepada permohonan Cik Halimah untuk mengundur diri dari jawatan politik untuk bertanding di pilihan raya presiden, diterbitkan semalam.



Di dalamnya, PM Lee mengucapkan terima kasih kepada Cik Halimah atas sumbangannya sebagai pemimpin buruh, AP, Speaker Parlimen dan sebagai Menteri Negara.



Beliau menambah bahawa Cik Halimah telah berbincang dengannya berkenaan hasratnya bertanding di pilihan raya presiden bulan depan, dan beliau telah menggalakkan Cik Halimah untuk mempertimbang serius perkara itu.



Cik Halimah, 62 tahun, menyerahkan surat meletak jawatan sebagai AP GRC Marsiling-Yew Tee dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) kepada PM Lee pagi semalam.



Beliau juga memberitahu Kerani Parlimen Ng Sheau Jiuan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen.



Peletakan jawatan Cik Halimah berkuat kuasa serta-merta.



Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri berkata bahawa Timbalan Speaker Parlimen Charles Chong akan menyandang jawatan sebagai Pemangku Speaker sehingga PM Lee mencalonkan Speaker Parlimen baru apabila Parlimen bersidang selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >