Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Terus tingkat diri untuk berkembang di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi perlahan

Feb 05, 2019 | 01:16 PM



EKONOMI global yang kian perlahan dan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China akan mempunyai impak kepada Singapura.



Akibtanya, pertumbuhan ekonomi tahun ini mungkin tidak begitu kukuh, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Selasa (5 Feb).



Encik Lee menekankan, negara ini bakal berdepan dengan tempoh mencabar. Lantas penting bagi pekerja untuk terus mempertingkatkan diri bagi menikmati kehidupan lebih baik.



"Tahun lepas, pertumbuhan (ekonomi) adalah baik, begitu juga dalam tahun sebelumnya. Tahun ini saya rasa kita akan tersus berkembang. Mungkin tidak serancak sebelum ini tapi jika kita bekerja keras, walaupun pertumbuhan tahun ini lebih perlahan, tahun depan kita dapat mencapai sesuatu yang lebih baik," ujarnya.



Ekonomi negara tumbuh 3.3 peratus tahun lalu, setelah mencapai paras 3.5 peratus pada 2017. Tahun ini, ekonomi dijangka tumbuh antara 1.5 peratus dengan 3.5 peratus.



PM Lee berkata demikian semasa bertemu wartawan selepas mengunjungi kakitangan syarikat penyenggara pesawat dan katering di Lapangan Terbang Changi, Sats, pada pagi Tahun Baru Cina.  



Beliau telah diberi taklimat mengenai usaha syarikat itu untuk kekal di depan para pesaingnya.



Sementara itu, Encik Lee juga menarik perhatian bahawa perkembangan global dan serantau juga akan menjejas kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan.



"Hab penerbangan adalah sebahagian penting ekonomi kita...Dalam jangka masa panjang, saya jangkakan perniagaan akan terus berkembang kerana rantau ini, dalam jangka masa panjang, akan terus berkembang dan penduduknya perlu menggunakan khidmat penerbangan.



"Kita perlu pastikan kita berdaya saing dan mereka akan mengambil penerbangan menerusi Singapura," ujar beliau lagi. 



Diminta mengulas mengenai isu ruang udara antara Singapura dan Malaysia, Encik Lee berkata pemerintah akan terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia bagi memastikan lapangan terbang kededua negara dapat terus beroperasi dengan licin.



Dalam lawatan ke Sats itu, Encik Lee ditemani isteri, Cik Lee; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew; Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, anggota jawatankusa pusat NTUC serta pemimpin kesatuan daripada Kesatuan Kakitangan Eksekutif Pengangkutan Udara (AESU) dan Kesatuan Sekerja Singapore Airport Terminal Services (SATSWU).



Encik Lee menyampaikan hongbao dan oren Mandarin serta hadiah dari Cik Lee kepada sekitar 150 kakitangan yang ditemui. Lawatan itu berakhir dengan sesi lohei bersama pekerja, pemimpin kesatuan dan kakitangan pengurusan. 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >