Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee tiba di Cape Town bagi mulakan lawatan enam hari ke Afrika

May 14, 2023 | 08:10 PM

CAPE TOWN: Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong tiba di Cape Town pada pagi Ahad, sebagai permulaan kepada lawatan enam harinya ke Afrika Selatan dan Kenya.

Beliau disambut oleh Menteri bagi Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Cik Naledi Pandor, dan satu kawalan kehormatan yang menaikkan bendera kededua negara.

Semasa lawatan tiga harinya di ibu kota perundangan Afrika Selatan itu, Encik Lee akan bertemu Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa, yang akan menjamunya di satu majlis rasmi makan tengah hari.

Kededua pemimpin akan menyertai satu mesyuarat perniagaan dengan delegasi perniagaan daripada kededua negara.

Encik Lee juga akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Afrika Selatan, Encik Paul Mashatile.

Pada sebelah malam Ahad, Encik Lee akan bertemu dengan warga Singapura yang berpangkalan di Afrika Selatan dan wilayah itu.

Tahun ini menandakan tiga dekad hubungan diplomatik antara Singapura dengan Afrika Selatan. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3