Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tiba di Udaipur lepas tertangguh dek cuaca buruk

Oct 06, 2016 | 10:09 AM



UDAIPUR: Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah tiba di Udaipur di  Rajasthan, selepas penangguhan dek cuaca buruk yang memaksa penerbangan beliau berpatah balik.



Encik Lee, yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke India, menulis di Facebook pada Rabu (5 Oktober) malam bahwa beliau dan delegasinya berada hanya 10 minit dari Udaipur apabila "cuaca buruk dan jarak penglihatan terhad memaksa pesawat kami berpatah balik ke New Delhi".



Penerbangan antara dua bandar itu mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit.



Mereka terkandas di lapangan terbang Delhi, menunggu cuaca berubah menjadi baik.



"Kadang-kadang Alam mempunyai rancangannya sendiri," tulis Encik Lee.



Pesawat delegasi Singapura itu mendarat di bandar Udaipur  pada kira-kira 7.10 malam waktu tempatan (9.40 malam waktu Singapura).



Selepas mendarat, Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, melawat Celebration Mall, yang dimiliki kumpulan hartanah Singapura, CapitaLand.



Beliau disambut oleh sorakan dan wisel oleh pengunjung pusat beli-belah itu.



Encik Lee akan juga menghadiri majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Latihan Pelancongan, sebuah usaha sama ITE Education Services dan Rajasthan untuk mengajar kemahiran sektor hospitaliti di Udaipur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >