Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tidak lagi positif Covid-19, akan kembali bekerja pada Isnin

May 28, 2023 | 08:02 PM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata beliau telah pulih dari Covid-19 setelah diuji negatif, dan akan kembali bekerja pada Isnin, dalam satu catatan di Facebook pada Ahad.

Pada 22 Mei, beliau didapati positif bagi Covid-19.

Ini kali pertama beliau dijangkiti Covid-19 sejak ia melanda, susulan lawatan enam hari ke Afrika Selatan dan Kenya.

Doktor memberi Encik Lee pil antivirus Paxlovid untuk merawat Covid-19 memandangkan usianya, dan menasihati Encik Lee untuk mengasingkan diri sehingga beliau tidak menunjukkan sebarang gejala.

Encik Lee sepatutnya menghadiri dan memberi ucapan di sambutan hari pengasas sempena ulang tahun ke 200 Institusi Raffles (RI) pada Ahad di Singapore Expo, tetapi dinasihatkan oleh doktornya untuk terus berehat sepanjang hujung minggu.

Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing, yang menyampaikan ucapan bagi pihak Encik Lee, berkata Perdana Menteri “secara umumnya berasa baik-baik saja”, tetapi dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis besar-besaran untuk beberapa hari lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >