Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Tuduhan Wei Ling, Hsien Yang tidak berasas sama sekali

Jul 03, 2017 | 12:49 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-dua adiknya, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, berhubung soal rumah 38 Oxley Road yang diduduki bapanya, juga mantan perdana menteri Lee Kuan Yew, sebagai "tidak berasas sama sekali".



Disebabkan itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain membawa isu ini ke parlimen dan menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.



Dalam Kenyataan Menteri yang dibentangkannya di Parlimen pada 12.30 tengah hari ini, beliau dalam nada berbaur kesal, turut memohon maaf atas apa yang berlaku.



"Saya membuat kenyataan ini hari ini kerana adik-beradik saya, Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, telah membuat tuduhan serius tentang penyalahgunaan kuasa terhadap saya dan pemerintah saya...



"Tuduhan mereka tidak berasas sama sekali... mereka telah merosakkan reputasi Singapura. Jika tidak disanggah, ia boleh menjejas keyakinan rakyat terhadap pemerintah.



"Oleh itu, saya tiada pilihan selain menanganinya segera dan secara terbuka," kata Perdana Menteri.



Tuduhan yang dinyatakan Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee menyentuh tiga perkara:



a)Pertama, penubuhan Jawatankuasa Menteri mengenai 38 Oxley Road



b)Dua, Surat Ikatan Hadiah (Deed of Gift) beberapa artifak dari rumah itu yang mahu dipaparkan di satu pameran Lembaga Warisan Negara (NHB); dan



c) Tiga, tuduhan nepotisme terhadap isteri dan anak saya, kononnya saya mahu rumah ayah saya bagi memperteguh kuasa saya.



Menurut Encik Lee, di bawah Perlembagaan, Perdana Menteri (PM) adalah orang yang mendapat keyakinan majoriti Anggota Parlimen (AP). Oleh itu, sebagai perdana menteri beliau berkewajipan menjelaskan kepada AP dan menjawab di Parlimen tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan Pemerintah yang dipimpinnya.



"Saya tahu ramai rakyat Singapura kecewa dengan isu ini. Mereka bosan dan berharap perkara ini akan berakhir. Saya juga kecewa perkara ini telah sampai ke peringkat ini.



"Sebagai Perdana Menteri, saya sangat menyesal ini berlaku dan memohon maaf kepada rakyat Singapura berhubung perkara ini," ujar perdana menteri lagi.



Menurutnya, sebagai anak lelaki, beliau sedih kerana perselisihan ini akan tentunya menjejas ibu bapa mereka sekiranya mereka masih hidup.



"(Oleh itu) Saya ingin menjernihkan keadaan hari ini, menerangkan perkara itu sepenuhnya dan menjawab semua soalan mengenainya



"Saya tidak berdiri di sini untuk membuat kes terhadap adik-beradik saya kerana Parlimen bukan tempatnya.



"Ini adalah perkara peribadi, (dan) saya akan cuba selesaikan secara peribadi tetapi bagi perkara umum, saya perlu menjelaskan dan memikul tanggungjawab (itu).



"Saya berpegang terhadap apa yang akan saya katakan dalam Dewan ini, kata Perdana Menteri lagi.



Tambahnya, beliau juga akan, secara berasingan mengeluarkan apa yang beliau akan katakan dalam perdebatan ini sebagai Pernyataannya di luar Dewan yang tidak akan dilindungi Keistimewaan Parlimen.



"Untuk menjawab dakwaan penyalahgunaan kuasa, saya perlu menyentuh beberapa latar belakang mengenai 38 Oxley Road dan perbincangan keluarga mengenai rumah itu supaya Aggota Dewan dapat memahami dakwaan tersebut



"Perkongsian saya tidak dapat tidak, adalah daripada perspektif saya, tetapi saya akan cuba sedaya upaya ia objektif dan faktual," katanya dan menjelaskan ia merangkumi perbincangan mengenai rumah 38 Oxley Road ketika bapanya masih hidup; Apa yang berlaku selepas Encik Lee Kuan Yew meninggal dunia; dan bagaimana duduk perkara sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >