PM Lee ucap selamat hari lahir kepada Dr M
Jul 11, 2019 | 05:30 AM
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menulis ucapan selamat hari lahir kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambut hari jadinya ke-94 semalam.
Melalui pos di Facebooknya semalam, Encik Lee berkata: "Saya berbesar hati untuk meraikan kehadiran Dr Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bulan depan."