Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pemimpin negara jiran

May 25, 2020 | 08:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam telah menyampaikan ucap selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pemimpin tiga negara jiran.



Encik Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan itu menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawat daripada Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.



Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri berkata, Encik Lee mengulangi betapa pentingnya persahabatan beliau dengan pemimpin berkenaan, dan menyokong penuh kerjasama erat yang terjalin antara negara berjiran dan rakyatnya. 



Beliau juga mahu bekerjasama dengan mereka untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dalam tempoh pandemik Covid-19, selain meneruskan serta memperluas bidang kerjasama sehingga virus itu berjaya dikawal. - The Straits Times





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >