Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap selamat kepada Anwar bagi pilihan raya kecil Port Dickson

Sep 16, 2018 | 01:46 PM



PERDANA Menteri  Lee Hsien Loong mengucapkan selamat kepada  Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi  pilihan raya kecil yang bakal diadakan di kawasan undi  Port Dickson, dalam satu pos di Facebook beliau pada Sabtu (15 Sep).



“Bertemu   Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat saya hari ini (Sabtu). Kami kali terakhir  bertemu ketika saya melawat Putrajaya pada  Mei,” tulis Encik Lee di halaman Facebooknya.



Pos tersebut   diiringi gambar beliau bersama Datuk   Anwar, bakal presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijangka menggantikan  Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.



Datuk Anwar   memilih kerusi Port Dickson bagi  membuka jalan untuk beliau kembali ke  Parlimen.



Dalam posnya, Encik  Lee menyebut  tentang Datuk   Anwar bercakap pada  Sidang Puncak  Singapura 2018 yang diadakan pada Sabtu   di Hotel Shangri-La.



 Beliau juga menarik perhatian bahawa Datuk  Anwar akan berada di Singapura  lagi minggu depan untuk berucap  di Universiti Pengurusan Singapura.



Beliau akan berucap   di Siri Kuliah Kepimpinan Ho Rih Hwa pada 20 Sep.



“Gembira beliau   menghabiskan masa bersama  institusi akademik kami, bertemu warga Singapura, membina jambatan, dan memperkuat hubungan antara negara kami,” tulis PM Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >