Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap tahniah kepada PM India yang dipilih semula

May 23, 2019 | 08:51 PM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengirim ucap tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas pemilihan semula beliau dalam pilihan raya negara itu.

Encik Lee menyatakan mandat kukuh yang diterima Encik Modi mencerminkan kepimpinan beliau dalam penggal pertama dan kepercayaan rakyat India terhadap kepimpinannya.

Pilihan raya yang berjalan dengan aman dan lancar di sebalik cabaran logistik itu juga satu pencapaian luar biasa.

"Singapura menghargai tumpuan peribadi yang telah anda lakukan membangunkan hubungan dua hala kita. Sokongan padu anda telah membantu merangsang kerjasama yang lebih luas di banyak bidang. Peningkatan hubungan dalam Perkongsian Strategik pada 2015 meningkatkan kerjasama dalam pertahanan, budaya, dan sektor antara rakyat.

"Hubungan kita sudah padu, tetapi kita harus mengusahakan lebih banyak untuk mengeksploitasi keadaan saling melengkapi, memanfaatkan takungan muhibah antara kedua-dua negara dan rakyat, dan menghasilkan potensi kerjasama yang ditingkatkan termasuk dalam teknologi kewangan dan ruang digital," kata PM Lee.

Singapura, tambahnya,  mengalu-alukan penglibatan India dalam rantau ini, selaras dengan Dasar Tindak Timur India dan langkah lanjut memperingati ulang tahun ke-25 hubungan Asean-India pada 2018.

"Saya tahu anda berkongsi keyakinan saya bahawa India dan Asean boleh melakukan lebih banyak secara bersama untuk membawa manfaat dan kemakmuran bersama kepada rakyat kita," kata Encik Lee sambil menambah beliau ingin bekerjasama dengan Encik Modi membina lebih lanjut kemajuan yang dicapai.

"Saya tahu anda ada banyak keutamaan domestik, tetapi apabila jadual anda mengizinkan, saya mengalu-alukan anda melawat Singapura sekali lagi," kata Encik Lee.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >