Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap tahniah kepada PM Jepun

Susuli kejayaan partinya dalam pilihan raya terkini
Jul 16, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Encik Fumio Kishida, atas kemenangan partinya dalam pilihan raya baru-baru ini.



Dalam surat kepada Encik Kishida semalam, Encik Lee berkata:



"Walaupun kejayaan parti anda datang pada masa kesedihan memandangkan pemergian mantan perdana menteri Shinzo Abe baru-baru ini, keputusan pilihan raya adalah tanda kuat kepercayaan dan keyakinan rakyat Jepun terhadap kerajaan dan kepimpinan anda."



Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Encik Kishida dan rakan gabungannya mendapat kemenangan besar di Dewan Tinggi Parlimen Jepun dalam pilihan raya pada 10 Julai, dua hari selepas Encik Abe dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata secara bersendirian semasa berkempen.



Encik Lee berkata Singapura dan Jepun menikmati perkongsian pelbagai aspek dan sangat baik.



Ini disokong oleh hubungan antara rakyat yang mesra serta kerjasama erat merentasi banyak sektor.



Beliau turut menambah bahawa semasa pertemuan kedua-dua pemimpin baru-baru ini di Tokyo dan Singapura, mereka meningkatkan kerjasama dalam banyak bidang termasuk pendigitalan, inovasi dan pertahanan.



"Kita juga bersetuju untuk meneroka kerjasama selanjutnya dalam bidang ekonomi dan penyambungan semula sepenuhnya perjalanan rentas sempadan.



"Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan anda untuk meningkatkan lagi hubungan kita.



"Saya mengucapkan kepada anda kesihatan yang baik dan kejayaan, dan berharap dapat bertemu dengan anda tidak lama lagi," kata Encik Lee dalam surat itu.



Encik Lee melakukan lawatan kerja ke Tokyo pada Mei sempena Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-27 dan bertemu Encik Kishida.



LDP dan rakan gabungan mudanya, Komeito, menang 76 kerusi pada pilihan raya Ahad lalu, jauh melebihi 56 kerusi yang diperlukan untuk mengekalkan majoriti mereka dan 69 kerusi yang mereka perlukan untuk meningkatkan saiz mereka secara keseluruhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >