Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap tahniah kepada PM Jepun Fumio Kishida atas kemenangan dalam pilihan raya dewan rakyat

Nov 22, 2021 | 10:59 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (22 November) mengucapkan tahniah kepada Encik Fumio Kishida yang berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Jepun.



Beliau turut memberi ucapan tahniah kepada beliau atas kejayaan partinya, Parti Demokratik Liberal (LDP) dalam pilihan raya Dewan Rakyat negara itu, kata Menteri Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.



Parti LDP yang dipimpin Encik Kishida bersama dengan rakan parti campurannya Komeito berjaya mendapat 293 daripada 465 kedudukan pada 31 Oktober lalu.



Encik Lee dan Encik Kishida, yang telah berhubung menerusi telefon pada Isnin, menekankan semula hubungan rapat antara Singapura dengan Jepun.



PM Lee juga berkata, beliau berminat memperluas lagi kerjasamanya dengan Jepun di dalam bidang yang mana kededua negara itu mempunyai minat yang sama, termasuk memulakan semula perjalanan antara kedua-dua negara itu serta usaha pendigitalan dan ekonomi digital.



PM Lee turut mengundang Encik Kishida ke Singapura. Mereka bertemu kali terakhir pada September 2019 ketika Encik Kishida menyampaikan ucapan semasa Puncak Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >