Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap tahniah kepada PM Malaysia Mahathir, Pakatan Harapan kerana berjaya menang dalam pertandingan sengit

May 12, 2018 | 02:59 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Pakatan Harapan kerana berjaya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia (PRU14) yang berlangsung Rabu lalu (9 Mei) dan mendapatkan mandat rakyat Malaysia.



Beliau berkata demikian dalam surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir semalam (11 Mei).



Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan surat itu hari ini.



“Malaysia adalah jiran terdekat Singapura. Kami mempunyai sejarah panjang yang dikongsi bersama, dengan hubungan yang mendalam dan rapat di semua peringkat.



“Kami juga mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh, selain bekerja rapat dalam Asean dan di peringkat antarabangsa,” kata Encik Lee.



Tambahnya, Singapura juga mempunyai kerjasama yang meluas dengan kerajaan Malaysia sebelum ini serta hubungan dan interaksi yang kukuh dan saling bermanfaat dengan Tun Dr Mahathir semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini (1981 hingga 2003).



Encik Lee berkata beliau yakin kedua-dua Singapura dan Malaysia dapat mengukuhkan lagi hubungan dua halanya di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir kini.



“(Cik) Ho Ching dan saya mengucapkan anda (Tun Dr Mahathir) dan Tun Siti Hasmah kejayaan, kesihatan baik dan kegembiraan yang berterusan.



“Kami mengalu-alukan untuk bertemu dengan anda tidak lama lagi,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >