Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap tahniah pada PM Anwar

Nov 24, 2022 | 09:21 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutus warkah tahniah kepada Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.


Dalam surat tersebut, Encik Lee berkata jawatan perdana menteri Datuk Anwar itu datang di tengah-tengah cabaran dalam sekitaran serantau dan global.


“Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang baru untuk kerjasama,” kata Encik Lee.


Beliau berkata Singapura dan Malaysia mengongsi hubungan yang telah lama terjalin, disokong oleh hubungan sejarah, kerjasama pelbagai segi dan hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh.


Sepanjang pandemik Covid-19, kedua-dua negara telah menjadi rakan kongsi yang teguh menyokong satu sama lain.


"Penyelarasan rapat antara menteri dan pegawai kita membolehkan kita mengekalkan aliran pekerja dan barangan keperluan, dan membuka semula sempadan kita dengan pantas dan berkesan. Kita  juga telah menjadi rakan kongsi rapat dalam ASEAN, yang kekal penting bagi kestabilan di Asia Tenggara di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat," kata Encik Lee.


Beliau menambah kerjasama dua hala antara kedua-dua negara juga telah berkembang ke bidang baru dan baru muncul.


Dua perjanjian rangka kerja dua hala baru-baru ini mengenai ekonomi hijau dan digital akan mewujudkan peluang baru untuk perniagaan dan rakyat.


"Sedang ikatan perdagangan dan pelaburan kita kukuh, kita masih boleh melakukan lebih banyak lagi bersama-sama untuk meningkatkan keterbukaan, kestabilan dan ketersambungan dalam hubungan dua hala kita untuk manfaat bersama," kata Encik Lee.


Beliau meluahkan harapan dapat bertemu dengan Datuk Anwar tidak lama lagi untuk membincangkan isu-isu biasa yang dihadapi oleh kedua-dua negara dan bagaimana mereka boleh melanjutkan lagi hubungan dua hala yang terjalin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >