Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap takziah atas pemergian senator Richard Lugar

May 03, 2019 | 07:16 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucapan takziah kepada Cik Charlene Lugar atas pemergian suaminya, bekas senator Amerika Syarikat (AS) Richard Lugar. 



Dalam suratnya, Encik Lee berkata beliau amat sedih mendengar berita pemergian Encik Lugar. 



Encik Lugar, yang merupakan suara AS dalam isu dasar luar negara berdekad lamanya dan juga teman rapat Singapura, meninggal dunia Isnin lalu disebabkan penyakit nerologi, chronic inflammatory polyneuropathy. Beliau berusia 87 tahun.



“Senator Lugar merupakan seorang warga AS yang memberikan perhatian yang penuh, bersemangat dan masyhur. Beliau merupakan salah satu suara yang amat berpengaruh dalam Parti Republik dalam isu dasar luar negara, dihormati oleh kededua parti,” kata Encik Lee. 



“Beliau rakan karib Singapura dan yakin akan pentingnya penglibatan AS di Asia. Sumbangannya tidak terkira banyaknya, termasuk usaha gigihnya untuk mengekang tersebarnya senjata nuklear, menjadikan dunia tempat yang lebih selamat hari ini.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >