Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap takziah kepada keluarga guru bahasa Melayu Amin Shafawi

Sep 01, 2020 | 04:21 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengirimkan ucapan takziah kepada keluarga guru bahasa Melayunya, Haji Muhammad Amin Shafawi, yang meninggal dunia Selasa pagi (1 September).



Menulis di Facebooknya dalam bahasa Melayu, beliau menyatakan betapa terkesannya dirinya menerima berita pemergian gurunya Cikgu Amin yang mengajarnya bahasa Melayu ketika beliau berusia lima tahun.



"Semangat dan cintanya terhadap Bahasa Melayu mempengaruhi saya dan memberi saya serta ramai murid-murid beliau yang lain, asas yang kukuh dalam Bahasa Melayu untuk sepanjang hayat.



"Saya sempat mengunjungi beliau pada Mac lalu sebelum tempoh pemutus rantaian jangkitan. Walaupun sakit, Cikgu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengundi dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Saya berterima kasih atas sokongan, bimbingan dan persahabatannya selama ini.



"Ucapan takziah saya buat Cikgu Jamilah Ghazali sekeluarga," jelas Encik Lee.



Berita Harian difahamkan Haji Muhammad Amin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tan Tock Seng. Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Sembawang Drive dan disolatkan di Masjid Maarof sebelum dikebumikan petang ini (1 September).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >