Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap takziah kepada keluarga Wee Kim Wee

Jul 09, 2018 | 06:54 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Cik Wee Sok Hiong, isteri mantan presiden Singapura mendiang Dr Wee Kim Wee.



Menerusi suratnya kepada anak mendiang Cik Wee iaitu Cik Wee Eng Hwa hari ini (9 Julai), Encik Lee berkata mendiang Cik Wee adalah seorang yang baik hati serta amat mengambil berat dan prihatin tentang orang lain, khususnya mereka yang kurang bernasib baik.



“Seperti suaminya, beliau memainkan peranannya dengan serius dan menjalankannya dengan kemesraan, gaya lemah lembut dan sifat periangnya,” ujarnya.



Encik Lee berkata beliau bertemu dengan mendiang Cik Wee buat kali pertama pada 1976 ketika mendiang Dr Wee berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.



Tambahnya, beliau juga amat menghargai kehadiran mendiang Cik Wee semasa upacara penghormatan terakhir ibu bapanya apabila mereka meninggal dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >