Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap terima kasih kepada Mufti, Muis kerana bantu bangunkan keharmonian kaum dan agama

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



TERIMA kasih di atas surat anda yang menyatakan sokongan Muis bagi pertimbangan Pemerintah tentang membenarkan jururawat memakai tudung.



Saya mengucapkan terima kasih kepada Muis dan masyarakat asatizah kerana mengambil bahagian dalam perundingan pemerintah berkenaan isu ini dalam beberapa tahun kebelakangan.



Pemerintah menghargai sepenuhnya kepentingan sosio-agama tudung yang semakin meningkat kepada Muslim Singapura, dan keinginan beberapa jururawat Muslim untuk memakai tudung dengan seragam mereka jika mereka mahu melakukan demikian.



Kami sedang mempertimbangkan bagaimana ini boleh dilaksanakan.



Singapura adalah antara beberapa negara di dunia di mana kaum dan kepercayaan berbeza hidup dengan aman dan rapat bersama.



Keharmonian kaum dan agama kita berasaskan memperlakukan semua orang secara sama rata tanpa prejudis atau diskriminasi, dan membangunkan identiti nasional yang dikongsi semua masyarakat, sambil membolehkan setiap masyarakat mengamalkan kepercayaan dan cara hidupnya.



Kita telah melakukannya menerusi tolak ansur bersama, kompromi, dan pembangunan kepercayaan oleh semua kumpulan.



Lama-kelamaan, kita telah mencapai keseimbangan halus yang mengambil kira kepentingan semua masyarakat.



Tetapi keseimbangan ini dinamik.



Sedang generasi warga Singapura lebih muda membesar dan sikap berubah, tekanan dan isu baru timbul.



Ini mesti ditangani dengan mengambil kira konteks Singapura.



Sebarang perubahan yang kita buat mesti dipertimbangkan dengan teliti dan secara beransur-ansur.



Hanya dengan itu perubahan tersebut akan difahami dan diterima oleh semua masyarakat, dan hasilnya mengukuhkan dan bukannya melemahkan keharmonian kaum dan agama kita.



Saya mahu meluahkan rasa terima kasih saya kepada anda dan Muis kerana membantu membangunkan keharmonian kaum dan agama yang kita telah nikmati selama lebih setengah abad.



Muis telah banyak kali tampil untuk menerajui usaha silang agama dan mengukuhkan ikatan kepercayaan antara Muslim dengan masyarakat agama lain di Singapura.



Dalam beberapa bulan kebelakangan, jangkauan Muis kepada masyarakat Kristian dan Yahudi sangat penting dalam mengukuhkan keharmonian sosial kita dalam menghadapi ancaman pengganas.



Semasa Covid-19, Muis telah menyumbang kepada usaha nasional kita, menggerakkan dan menyediakan bimbingan tepat pada masanya kepada masyarakat untuk menyesuaikan amalan keagamaan mereka kepada peraturan pandemik.



Saya penuh harap untuk bekerjasama dengan Muis untuk mengukuhkan perpaduan sosial, dan mencapai kemajuan bagi masyarakat Muslim dan semua warga Singapura.




KERJASAMA DENGAN MUIS



Saya mahu meluahkan rasa terima kasih saya kepada anda dan Muis kerana membantu membangunkan keharmonian kaum dan agama yang kita telah nikmati selama lebih setengah abad.



Muis telah banyak kali tampil untuk menerajui usaha silang agama dan mengukuhkan ikatan kepercayaan antara Muslim dengan masyarakat agama lain di Singapura...



Saya penuh harap untuk bekerjasama dengan Muis untuk mengukuhkan perpaduan sosial, dan mencapai kemajuan bagi masyarakat Muslim dan semua warga Singapura.
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >