Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee umum Pakej Kerjasama Singapura-Afrika di Rwanda

Tawar kursus sesuai bagi Afrika dalam bidang keutamaan sepanjang tiga tahun
Jun 28, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengumumkan satu kerjasama tiga tahun dengan Afrika untuk menawarkan kursus yang disesuaikan bagi Afrika dalam bidang keutamaannya.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan Pakej Kerjasama Singapura-Afrika itu semasa satu sidang media bersama Presiden Rwanda, Encik Paul Kagame, selepas bertemu dengannya di Urugwiro Village (Pejabat Presiden) semalam.



Encik Lee berkata kursus yang akan ditawarkan di bawah pakej kerjasama itu termasuk dalam bidang perubahan iklim dan kemampanan serta pendigitalan dan bandar bijak.



Pakej tersebut diumumkan sempena ulang tahun ke-30 Program Kerjasama Singapura (SCP) yang dibentuk pada 1992.



Sejak itu, Encik Lee berkata lebih 12,000 pegawai Afrika, termasuk ramai dari Rwanda, telah menghadiri kursus SCP di Singapura.



Tambahnya, Singapura juga akan memberi keutamaan bagi penempatan pegawai Afrika dalam kursus SCP serta menawarkan biasiswa possiswazah bagi pegawai kanan Afrika di universiti Singapura.



"Kami mengalu-alukan penyertaan berterusan Rwanda dan negara Afrika lain dalam SCP.



"Walaupun kami berada di dua benua yang berbeza, kedua-dua negara kami mempunyai banyak persamaan.



"Kedua-duanya kecil, dengan sumber yang terhad. Kedua-duanya menganggap penting kerjasama antarabangsa untuk mempertingkat masyarakat dan kehidupan rakyat.



"Kedua-dua negara juga ingin bekerjasama dengan negara kecil lain untuk menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat dalam dunia yang berbahaya ini," ujar Encik Lee.



Tambahnya, beliau mengalu-alukan kerjasama rapat dengan Encik Kagame untuk memastikan hubungan antara Singapura dengan Rwanda dapat terus berkembang lebih kukuh.



Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Lee ke sebuah negara Afrika.



Encik Lee berkunjung ke Kigali, Rwanda dari 23 Jun hingga semalam bagi Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel (Chiogm) dan lawatan dua hala rasmi.



Dalam lawatannya itu, beliau juga telah bertemu dengan beberapa warga Singapura yang bekerja dan menetap di Rwanda.



"Ramai daripada mereka merupakan orang muda yang ingin mencari cabaran dan peluang.



"Mereka melihat potensi dalam masyarakat muda ini dan mereka menceburi projek mereka di sini dengan bersemangat.



"Syarikat kita juga menembus masuk ke Afrika. Ini pasaran baru buat mereka tapi peluang ekonominya bertambah sedang benua ini terbuka kepada pendigitalan, penyepaduan serantau dan perdagangan sedunia," ujar Encik Lee.



Dalam pada itu, Rwanda juga ingin terus bekerjasama dengan Singapura dan Asia dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.



Menjawab pertanyaan media tentang apakah usaha kerjasama yang ingin dipergiat Rwanda dengan Singapura dan Asia, Encik Kagame berkata mereka ingin mengkaji bagaimana untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain.



Tambahnya, mereka juga ingin terus bekerjasama dalam bidang teknologi, keselamatan, perubahan iklim, kajian saintifik dan kesihatan.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Singapura kerana menjadi rakan kerja kami yang boleh dipercayai selama ini.



"Kami amat menghargai hubungan perdagangan dan pelaburan kami serta kerjasama antara bank pusat kami," ujar Encik Kagame.




"Walaupun kami berada di dua benua yang berbeza, kedua-dua negara kami mempunyai banyak persamaan.



Kedua-duanya kecil, dengan sumber yang terhad. Kedua-duanya menganggap penting kerjasama antarabangsa untuk mempertingkat masyarakat dan kehidupan rakyat.



Kedua-dua negara juga ingin bekerjasama dengan negara kecil lain untuk menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat dalam dunia yang berbahaya ini."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >