PM Lee: Undang-undang harus diperkemas untuk tangani pengganasan, berita palsu
Apr 26, 2019 | 05:30 AM
PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata undang-undang adalah penting bagi menangani ucapan kebencian dan berita palsu yang disebarkan dalam media sosial sejajar dengan kepesatan teknologi.
Malah, beliau berkata Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian yang diperkenalkan di Singapura akan memastikan wadah dalam talian mengambil sikap bertanggungjawab.