Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Usah hilang tanggapan realiti, sedang kita menangani masalah sosial

Jun 03, 2018 | 04:00 PM



 



 



KEDUDUKAN Singapura sebagai negara terbaik untuk kanak-kanak membesar mencerminkan kejayaannya ‘memberikan setiap kanak-kanak, tanpa menghirau latar belakangnya, permulaan terbaik dalam hidup’, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (3 Jun).



Menulis di Facebook, Encik Lee berkata beliau senang hati membaca bahawa Singapura diberi ranking pertama - bersama Slovenia - dalam satu laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh pertubuhan bukan pemerintah Save The Children.



Laporan itu meninjau 175 negara berdasarkan lapan kriteria: kadar kematian kanak-kanak berusia bawah lima tahun, pertumbuhan kanak-kanak, kanak-kanak dan belia yang tidak bersekolah, kanak-kanak yang bekerja, perkahwinan kanak-kanak, kadar kanak-kanak mengandung, penduduk yang menjadi pelarian akibat konflik dan kadar pembunuhan kanak-kanak.



Singapura meraih 987 daripada 1,000 mata penuh, yang mencadangkan hanya segelintir kanak-kanak di sini terlepas menjalani hidup sebagai kanak-kanak.



Negara Scandinavia seperti Norway, Sweden dan Finland menduduki lagi tiga tempat teratas.



“Setiap kriteria yang digunakan ini dianggap sebagai ‘penghapus zaman kanak-kanak’,” kata Encik Lee, menyentuh tentang laporan itu dan lapan kriteria yang digunakan.



“Kita bertuah kerana ancaman teruk kepada kanak-kanak seperti ini kini jarang berlaku atau tidak wujud di Singapura.



 Menambah, Encik Lee berkata walau warga Singapura berkeluh-kesah tentang ketidaksaksamaan sosial dan ia sesuatu sasaran yang harus terus dikejar, ‘laporan ini mengingatkan kita bahawa tindakan kita selama ini tidaklah seburuk yang disangka’.



“Dengan kita asyik menangani masalah sosial, kita tidak harus kehilangan tanggapan realiti dan perspektif kita,” ujar Encik Lee



Isu ketidaksaksamaan dibincangkan di Parlimen dalam perbahasan Taklimat Presiden bulan lalu, dengan beberapa menteri, termasuk Encik Lee berucap tentang perkara ini.



Dalam ucapannya, Encik Lee berkata rangkaian sosial adalah struktur semula jadi dalam masyarakat dan dibentuk menerusi interaksi anggotanya.



Namun, kata Encik Lee, rangkaian sosial seperti ini perlu kekal terbuka. Jika sebaliknya  berlaku, mobiliti sosial akan terbantut dan kesudahannya akan memudaratkan negara, tambah Encik Lee.



Anggota Parlimen lain, seperti Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata usaha menangani ketidaksaksamaan adalah keutamaan negara dan memberi amaran tentang pembentukan susun lapis sosial atau sosial stratification, yang dianggapnya sebagai racun yang menular dalam masyarakat.



Perbincangan ini diadakan menyusuli taklimat Presiden Halimah Yacob di pembukaan sesi kedua Parlimen bulan lalu.



Dalam ucapannya, Puan Halimah berkata ketidaksaksamaan adalah masalah yang perlu ditangani dengan rancak.



Taklimatnya itu ditulis oleh menteri generasi keempat (4G)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >