Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Usaha terus perkukuh keadilan, martabat kaum Hawa dalam masyarakat mesti diteruskan

Sep 18, 2021 | 08:43 PM



Dalam satu langkah penting untuk meraikan dan terus memartabat wanita Singapura, Pemerintah akan membentangkan Kertas Putih pada awal tahun depan yang akan mengemukakan saranan konkrit bagi menangani isu-isu yang menjejas peluang di tempat kerja, sokongan bagi penjaga dan perlindungan untuk wanita.





Meskipun kedudukan wanita di Singapura kini jauh lebih baik berbanding dahulu, usaha untuk terus memperkukuh keadilan untuk kaum itu dalam masyarakat mesti diteruskan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di sesi penutup siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura, pada Sabtu (18 September).





Menurutnya, wanita Singapura mencatatkan perkembangan dan kemajuan yang baik sejak zaman prakemerdekaan, dan hari ini sama berpendidikan dengan kaum lelaki.





“Sedang masyarakat kita maju, begitu juga pemikiran kita. Ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan dalam semalaman tetapi kita mesti teruskan usahanya. Dasar dan program kita akan mendorong tingkah laku, secara bertahap-tahap mengubah sikap dan membolehkan kita membuat kemajuan yang berkekalan.





“Khususnya, kita mesti terus menekankan dan memperkukuh etos keadilan dalam masyarakat kita di mana lelaki dan wanita bekerja dengan satu sama lain sebagai setara, maju bersama dan mencapai aspirasi mereka secara bebas dan sepenuhnya dan di mana kita menjaga mereka yang lemah dalam kalangan kita,” kata Encik Lee.





Siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura telah dilancarkan September tahun lalu bagi mengenal pasti dan menangani isu-isu menjejas wanita negara ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >