Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee utus surat kepada mantan PM Jepun dan penggantinya

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong melahirkan rasa terima kasih kepada Encik Suga Yoshihide yang berundur sebagai Perdana Menteri Jepun, di atas sokongan kukuhnya terhadap hubungan Singapura-Jepun.



Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru Jepun, Encik Fumio Kishida, dan berharap hubungan kukuh itu dapat diteruskan.



PM Lee juga menjemput Encik Kishida agar mengunjungi Singapura setelah mereka bertemu kali terakhir di Singapura pada September 2019.



Dalam suratnya kepada Encik Suga semalam yang dikongsi Kementerian Ehwal Luar (MFA), PM Lee berkata kededua negara telah dapat mengekalkan hubungan dan kerjasama peringkat tinggi selama pandemik Covid-19, termasuk mengekalkan jaringan rantaian bekalan.



"Kita juga telah mengukuhkan interaksi dalam banyak bidang, termasuk pembangunan prasarana negara ketiga dan ekonomi digital. Dalam bidang serantau, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada anda kerana kepimpinan Jepun sebagai pengerusi Suruhanjaya Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), serta komitmen Jepun dalam mempromosikan vaksin berbilang tingkat,'' ujar Encik Lee.



Tahun ini menandakan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Jepun.



Beliau berkata Encik Suga telah memimpin Jepun dalam tempoh yang sukar ketika pandemik Covid-19 dan semasa Jepun berjaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.



Encik Suga berundur selepas hanya setahun memegang jawatan.



Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Kishida, PM Lee berkata kejayaan beliau dalam Pilihan Raya Presiden Parti Demokratik Liberal menunjukkan kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinannya.



"Kita mempunyai agenda yang banyak bersama secara dua hala dan pelbagai hala. Saya berharap bekerjasama dengan anda bagi mengukuhkan hubungan dan meneruskan kepentingan bersama. Saya masih ingat pertemuan terakhir di Singapura pada September 2019, dan berharap menyambut kedatangan anda ke Singapura lagi tidak lama lagi,'' kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >