Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee utus ucap tahniah

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Encik Chris Hipkins atas pelantikannya sebagai perdana menteri baru New Zealand.



Dalam satu surat semalam, Encik Lee menarik perhatian tentang "persahabatan yang mendalam dan lama" antara Singapura dengan New Zealand.



"Sebagai ekonomi kecil dan terbuka, kita berkongsi pandangan yang sama mengenai banyak isu, seperti kepentingan perdagangan bebas dan undang-undang antarabangsa," tulis Encik Lee, sambil menambah bahawa kedua-dua negara juga mempunyai kerjasama pelbagai aspek dalam bidang seperti perdagangan, pertahanan, sains dan teknologi, program pertukaran dalam kalangan rakyat dan perubahan iklim.



"Kedua-dua negara kita juga saling menyokong kuat semasa pandemik Covid-19, termasuk memastikan rantaian bekalan kekal terhubung dan kerap bertukar nota mengenai pengalaman masing-masing," kata Encik Lee.



"Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dua hala kita yang sangat baik, dan mendoakan kejayaan anda dan kerajaan anda," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >