Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Wanita perlu disokong agar maju lebih jauh ke arah masyarakat lebih adil, inklusif

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



MEWUJUDKAN masyarakat yang saksama untuk golongan wanita adalah proses berterusan dan memerlukan orang ramai terus menyokong bagi membolehkan wanita maju lebih jauh, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Beliau menambah pemerintah telah mengkaji pandangan hasil daripada Perbincangan Mengenai Pembangunan Wanita yang diadakan sepanjang tahun.



Kertas Putih yang akan dibentangkan bakal mengandungi saranan yang dikemukakan hasil perbincangan itu.



"Kita semua harus bersama bagi membolehkan wanita maju. Bersama, kita harus berusaha ke arah masyarakat lebih adil dan inklusif di Singapura,'' kata PM Lee dalam catatan di Facebook semalam.



Beliau turut menyertakan gambarnya bersama beberapa Anggota Parlimen (AP) wanita diambil di Parlimen sempena Hari Wanita Antarabangsa semalam.



Menurutnya, Parlimen mempunyai bilangan wanita paling ramai berbanding sebelum ini, meliputi 26 AP, tiga Anggota Parlimen Dilantik (NMP), dan seorang Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).



"Ini sudah tentu menambahkan lebih banyak keseimbangan dan perspektif yang pelbagai dalam menggubal dasar kami.



"Kami sentiasa mencari wanita yang lebih komited dan berkebolehan untuk ke hadapan dan berkhidmat," kata PM Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >