Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

PM Lee: Warga harus waspada hadapi Mers-CoV

Ervina Mohd Jamil
Jun 11, 2015 | 05:30 PM

SINGAPURA tidak terkecuali daripada jangkitan Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah atau Mers-CoV, namun warga setempat harus terus bersikap berjaga-jaga, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Ini lebih-lebih lagi dengan penularan jangkitan yang berasal dari Timur Tengah itu kini merebak di Korea Selatan.

"Setiap bulan kami mempunyai sekitar 40,000 pengunjung dan semasa musim cuti seperti Jun, banyak keluarga pergi ke Korea untuk bercuti," kata Encik Lee kepada media tengah hari tadi selepas eliau dan isteri, Cik Ho Ching, mengunjungi Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Kementerian Kesihatan (MOE) telah menetapkan hospital itu untuk menangani kes pesakit Mers-CoV sejak virus itu dikenal pasti di Arab Saudi buat kali pertama tiga tahun lalu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian