Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Modi kunjungi masjid dan beberapa tempat ibadah lain di hari terakhir di S'pura

Jun 02, 2018 | 07:00 PM





PERDANA Menteri India Narendra Modi meluangkan hari terakhir beliau dalam rangka lawatan tiga hari di Singapura dengan mengunjungi beberapa tempat beribadat sekitar South Bridge Road semalam.



Encik Modi yang tiba di Singapura Khamis lalu atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah dibawa mengunjungi Masjid Jamae Chulia, Kuil Sri Mariamman dan Kuil Buddha Tooth Relic.



Kunjungan beliau ke kawasan tersebut adalah bagi menunjukkan hubungan lama antara India dan Singapura selain meraikan kepelbagaian kaum dan agama di Singapura.



Semasa lawatan beliau ke Masjid Jamae Chulia, Encik Modi yang diiringi Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu telah diberikan taklimat tentang sejarah masjid yang antara tertua di sini oleh pengerusi masjid, Encik Shaick Fakrudeen. Beliau juga telah dihadiahkan dengan sehelai selendang berwarna hijau oleh Encik Shaick Fakrudeen sebagai tanda penghargaan.



Lawatan beliau semalam turut membawanya ke Taman Orkid Negara dan sejenis orkid telah dinamakan sempenannya, iaitu Dendrobium Narendra Modi sebelum berkunjung ke Pusat Warisan India (IHC) di Campbell Lane selepas itu.



Menyusuli pertemuannya dengan Encik Lee dan Presiden Halimah Yacob kelmarin, Encik Modi juga telah bertemu dengan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong di Hotel Fullerton pagi semalam.



Kededua pemimpin itu telah mengadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala antara Singapura dan India dan peranan India dalam membantu mewujudkan Asia yang lebih aman, makmur dan terbuka.

Ketika pertemuan itu juga, mereka turut merasmikan sebuah plak di Clifford Pier bagi menandakan tapak di mana abu Mahatma Gandhi telah ditaburkan pada 1948.


  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >