Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Penguasa Palestin lawat Kebun Orkid Negara, pusat proses NEWater

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Penguasa Palestin (PA), Dr Mohammad Shtayyeh, bertemu Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, untuk membincangkan cara untuk memperkukuh kerjasama antara Singapura dan Palestin.



Dr Shtayyeh dan Dr Balakrishnan yang menjamu sarapan bersama, turut membincangkan pembangunan serantau.



Dr Balakrishnan, dalam satu catatannya di Facebook semalam, berkata:



"Saya berbesar hati dapat menjadi hos kepada Perdana Menteri Palestin, Dr. Mohammad Shtayyeh, untuk sarapan pagi hari ini.



"Kami membincangkan perkembangan serantau dan meneroka cara untuk lebih mengukuhkan kerjasama."



Semalam, Dr Shtayyeh juga membuat kunjungan ke Kebun Orkid Negara bagi satu majlis penamaan orkid. Sejambak bunga orkid dinamakan Dendrobium Mohammad Shtayyeh sempena lawatannya ke sini.



Dr Shtayyeh kemudian melawat Masjid Ba'alwie untuk menunaikan solat Jumaat di sana.



Beliau turut membuat kunjungan ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur bagi meninjau sistem pendidikan vokasional di sini dan Pusat Pengunjung NEWater untuk mempelajari tentang sistem pengurusan air.



Dr Shtayyeh mengadakan lawatan ke Singapura sejak Rabu lalu hingga hari ini. Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), ini lawatan pertama seorang perdana menteri PA ke Singapura.



Beliau ditemani Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Riyad Al Maliki; Gabenor Penguasa Kewangan, Dr Feras Milhem; dan pegawai kanan yang lain.



Lawatan Dr Shtayyeh dan pegawai PA itu menyusuli pembukaan rasmi sebuah Pejabat Perwakilan Singapura di Ramallah baru-baru ini.



Pejabat tersebut bermatlamat menyelaras usaha pembinaan keupayaan seperti bantuan teknikal dan juga memperkukuh hubungan Singapura dengan PA, sekali gus memaparkan komitmen negara ini dalam menyokong keperluan pembinaan dan pembangunan kapasiti PA.



Pejabat itu dirasmikan Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, semasa kunjungan beliau ke wilayah Palestin.




"Saya berbesar hati dapat menjadi hos kepada Perdana Menteri Palestin, Dr. Mohammad Shtayyeh, untuk sarapan pagi hari ini.

Kami membincangkan perkembangan serantau dan meneroka cara untuk lebih mengukuhkan kerjasama."

- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >